Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas
“Saya Ambush" - Larikan Barang Kemas & Wang Bernilai Hampir RM300K
Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas
Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Yatie Kamarzaman memaklumkan pembantu rumahnya yang dikatakan telah melarikan sejumlah wang serta barangan kemas bernilai hampir RM300,000 telah pun berjaya diberkas pihak polis.
Menurut Yatie, dia sebenarnya telah menyerbu lokasi persembunyian pembantu rumahnya tanpa pengetahuan pihak polis.
https://www.instagram.com/p/CmxgxMzPZII/
“Alhamdulillah doa orang ramai, hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi.
“Saya sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00 pagi. Kes selesai dan suspek kini di tahan bersama pihak polis,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yatie menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Bagaimanapun, Yatie akui tindakannya itu sememangnya berisiko dan membahayakan dirinya sendiri.
“Semasa saya ambush pembantu rumah tersebut, sebeb pihak polis dah bersedia di kawasan berhampiran. Saya tak tahu sebab saya buat kerja sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
“Tindakan saya ini tanpa pengetahuan pihak polis. Bila saya bawa balik maid tu, nasib baik bukan kami yang kena ambush sebab pihak polis dah mengesan maid saya menerusi nombor telefon.
“Apapun, kalau anda ada masalah macam saya, jangan buat keputusannya ambush sendiri sebab merbahaya.
“Malah, ia juga akan mengganggu urusan pihak polis sebab mereka pun nak cari juga kuncu-kuncunya yang lain. Saya akui tindakan saya itu bukan cara yang betul,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut berharap agar orang luar tidak memberikan persepsi yang tidak baik terhadap pekerja asing disebabkan insiden yang dilaluinya itu.
“Bukan semua orang yang datang bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Saya juga ada orang yang bantu. Alhamdulillah 17 tahun dengan saya. Kesihatan tak mengizinkan, jadi dia terpaksa balik ke kampung.
“Dari anak, ipar, suami pernah kerja dgn saya. Dalam gambar ni dia berbaju merah, anaknya di sebelah mak mertua saya. Amanah.
“Walau 10 sen duit saya di poket tetap di asingkan ke tepi kalau terjumpa. Menjaga anak sy lebih dari menjaga anak sendiri terutama masa mrk kecil. Saya tersangatlah kerap outstation untuk bekerja waktu dulu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yatie turut memberitahu, pihak polis telah menyarankannya untuk tidak menarik semula kes kerana beberapa barang kemas sudah pun digadai dan wang tunai juga difahamkan tidak lengkap.
Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?