AS dakwa jet China hampiri pesawatnya di Laut China Selatan

AS dakwa jet China hampiri pesawatnya di Laut China Selatan

AS dakwa jet China hampiri pesawatnya di Laut China Selatan
JET pejuang tentera China, J-11 menghampiri pesawat tentera Amerika Syarikat dalam jarak tiga meter di Laut China Selatan pada 21 Disember lalu. – REUTERS

WASHINGTON: Sebuah jet perang milik tentera China dilaporkan menghampiri pesawat tentera udara Amerika Syarikat (AS) dalam jarak tiga meter di Laut China Selatan pada minggu lalu.

Situasi itu menyebabkan pesawat tentera AS terpaksa mengubah laluan bagi mengelak berlakunya pertembungan di udara.

Pihak berkuasa AS menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘peningkatan sikap agresif ketenteraan China’.



Dalam insiden yang berlaku pada 21 Disember lalu itu, pesawat China yang terlibat adalah jet pejuang J-11, manakala pesawat AS pula melibatkan RC-135.

“Kami berharap semua negara di rantau Indo-Pasifik menggunakan ruang udara antarabangsa secara selamat dan mematuhi undang-undang antarabangsa yang ditetapkan,” menurut kenyataan ketenteraan AS.

Dalam pada itu, jurucakap tentera Washington memaklumkan, isu berkenaan sudah pun dimaklumkan kepada kerajaan China.

Namun, sehingga kini, Kedutaan China di Washington masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Terdahulu, Beijing mendakwa Washington mengerahkan sejumlah kapal dan pesawat perang ke Laut China Selatan dan memyifatkannya sebagai ‘langkah yang tidak tepat’.

Pertikaian tuntutan kawasan maritim di Laut China Selatan turut melibatkan beberapa negara termasuk Vietnam, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina. – REUTERS

China lancar jet penumpang pertama



AS dakwa jet China hampiri pesawatnya di Laut China Selatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button