Mercedes, Volkswagen terbakar

Mercedes, Volkswagen terbakar

Mercedes, Volkswagen terbakar
Beberapa kenderaan terjejas dalam kebakaran bengkel kereta di Jalan Matahari AA U5/AA Seksyen U5, Shah Alam, pagi tadi. – Foto ihsan JBPM

SHAH ALAM: Sebuah bengkel kereta di Jalan Matahari AA U5/AA Seksyen U5, di sini hampir musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.34 pagi.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam digegaskan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bangunan kedai tiga tingkat dan api marak di tingkat bawah, iaitu bengkel berkeluasan 3,200 kaki persegi.

“Terdapat tiga kenderaan dalam bangunan itu, iaitu sebuah kereta Nissan terbakar keseluruhan, manakala dua lagi, Volkswagen dan Mercedes Benz masing-masing terbakar 30 hingga 50 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bangunan berkenaan terbakar 50 peratus dan api berjaya dikawal sekitar jam 6.09 pagi, namun punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



Mercedes, Volkswagen terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button