Lelaki menginap atas pokok selama 3 tahun

Lelaki menginap atas pokok selama 3 tahun

Lelaki menginap atas pokok selama 3 tahun
CHARLIE membina rumah kecil di atas pokok itu tiga tahun lalu. – AGENSI

BANGKOK: Gara-gara mengalami masalah kewangan, seorang lelaki di Thailand menginap di sebatang pokok yang dijadikan tempat berteduh selama tiga tahun.

Lapor thethaiger.com, Charlie, 38, dari bandar Udon Thani di wilayah Isaan membina rumah kecil di atas pokok itu tiga tahun lalu.

“Lelaki itu mengikat kepingan kayu bersama tali untuk dijadikan lantai dan menggunakan plastik sebagai bumbung rumahnya.



“Dia kemudian meletakkan kayu lantai itu atas dahan dan tidak mengikatnya pada pokok bagi membolehkannya ia tumbuh dengan bebas,” jelas laporan itu.

Menurut laporan, rumah dibina atas pokok itu terletak kira-kira 10 meter dari tanah.

Kisah Charlie menjadi tular selepas seorang warganet berkongsi gambar rumahnya di laman Facebook.

Beberapa media tempatan turut melawat Charlie di daerah Nampong Khon Kaen bagi melaporkan mengenai kisah kehidupannya.



Menurut Charlie, dia pernah bekerja di Bangkok dan mampu menyara diri serta keluarganya.

“Disebabkan ekonomi terjejas akibat Covid-19, saya terpaksa pulang ke kampung halaman di Khon Kaen untuk mencari pekerjaan.

“Namun, ia tidak berjaya, jadi saya berpindah lagi ke Udon Thani untuk mencari lebih banyak peluang pekerjaan.

“Saya memohon apa sahaja kerja yang ada tetapi gajinya tidak dapat membayar komitmen, jadi, saya membayar semua hutangnya dan membuat keputusan untuk tinggal di atas pokok,” katanya.



Sementara itu, pegawai dari Pusat Perlindungan bagi Kemiskinan dan Pembangunan Sosial serta Kementerian Keselamatan melawat Charlie dan menawarkannya tempat tinggal secara percuma bagi gelandangan di wilayah itu.

Jelas pegawai itu, tempat tinggal disediakan itu turut merangkumi makanan dan kemudahan, selain menyatakan ia selamat berbanding rumah pokoknya, namun Charlie menolak tawaran tersebut.

Charlie berkeras untuk tinggal di rumah pokoknya kerana berasa selesa dan hanya mahu pekerjaan agar dapat hidup sendiri tanpa membebankan kerajaan atau mana-mana pihak.

Lebih setengah jam ‘pujuk’ pasangan kekasih



Lelaki menginap atas pokok selama 3 tahun

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button