129 PATI warga Filipina di Sabah diusir kembali ke negara asal
129 PATI warga Filipina di Sabah diusir kembali ke negara asal
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen (JIM) melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 01 untuk Kategori Usir Melalui Laut bagi Januari tahun ini, dengan mengusir 129 warga Filipina, semalam.
Program pemindahan terbabit dilaksanakan melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata jumlah terbabit membabitkan 81 tahanan lelaki perempuan (25); kanak-kanak 12 tahun ke bawah (17); dan kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah (6).
“Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 12 tahun sehingga 70 tahun. Kanak-kanak yang terbabit dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.
“Kesemua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1. PATI yang terbabit pada kali ini hanyalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Tawau sahaja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen itu melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?
- Grobok Salai Negeri Sembilan
- Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya
Katanya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan akta dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini.
“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan (untuk bekerja di Sabah) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.
129 PATI warga Filipina di Sabah diusir kembali ke negara asal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.