Kanak-kanak tahan sakit kepala tersepit kerusi tadika

Kanak-kanak tahan sakit kepala tersepit kerusi tadika

Kanak-kanak tahan sakit kepala tersepit kerusi tadika
Anggota bomba berusaha menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Taman Sekinchan Jaya hari ini. – Foto ihsan bomba

SEKINCHAN: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit apabila kepalanya tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Taman Sekinchan Jaya, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.42 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kepala mangsa masih tersepit pada kerusi berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa dalam tempoh lima minit.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pengurusan tadika untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 11.54 pagi,” katanya.



Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

Kanak-kanak tahan sakit kepala tersepit kerusi tadika


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading