Resepi Biskut Cornflakes
Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap. Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam. Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 cawan cornflakes, kisar halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
- 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
- paper cup
- ceri, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
- Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
- Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
- Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
- Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama lebih kurang15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
- Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tip:
- Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.
Resepi Biskut Cornflakes
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil