Bapa pasrah anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286
Bapa pasrah anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286
JAKARTA: Seorang lelaki di Sumatera Utara pasrah dengan kehilangan ikan arowana peliharaannya yang bernilai kira-kira 15 juta rupiah (RM4,286).
Ikan kesayangan jenis super red short model yang dimiliki Nizam Nababan bukan dicuri sebaliknya digoreng oleh anak-anaknya.
Lapor Kompas.com, kisah itu bermula apabila Nizam mendapati ikan arowana tiada dalam akuarium yang turut dipenuhi dengan ikan peliharaan lain.
Nizam kemudian mencari ikan arowana hilang itu dengan menyangka ia sudah `melompat’ keluar dari akuarium.
“Ketika itu, saya berada di tingkat atas sedang memasang peralatan gim, apabila turun ke bawah, saya mendapati akuarium itu kosong.
“Saya memberitahu isteri dengan menyangka ikan arowana sudah melompat keluar dari balang tanpa mengetahui ke mana hilangnya.
“Tidak lama kemudian, dua anak saya yang masih bersekolah datang membawa sepinggan ikan goreng,” katanya.
Menurut Nizam, dia terkejut setelah mendapati ikan goreng itu sebenarnya merupakan ikan arowana yang hilang itu.
“Saya berasa amat marah namun selepas fikirkan mereka sering makan ikan dimasak, sudah tentu mereka tidak dapat membezakan antara ikan peliharaan dan yang dibeli,” katanya.
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini
Bapa pasrah anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik
- Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?
- Pasca PAU2022, kejutan bakal berlaku Jumaat?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini