Bas persiaran bawa 44 penumpang terbakar

SERDANG: Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.19 pagi.

“Bas persiaran itu dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur dan mengalami kebakaran 100 peratus.



“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berkenaan turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading