Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’
Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’
Baru-baru ini, di laman tiktok, terdapat sebuah video menyaksikan pasangan duet popular Nuha Bahrin dan Naufal sebuah lagu secara Acapella. Video itu menjadi bualan ramai peminat, namun bukan kerana nyanyian tetapi rantai yang dipakai oleh Nuha.
Rantai yang dipakai oleh Nuha dengan tulisan jawi itu telah menimbulkan rasa curiga oleh peminatnya. Rasa curiga itu telah membuatkan peminat bertanya kepada seorang pelukis kaligrafi khat yang menggunakan akaun TikTok bernama Cheb Ali. Beliau yang juga merupakan seorang penyanyi Nasyid ini telah mengulas maksud pada tulisan dalam rantai tersebut. Kata beliau, terdapat kesilapan ejaan pada rantai Nuha ini yang sebenarnya membawa kepada nama Nabi Noah.
“Abang nak tegur sikit, bukan sebab lagu, tapi tentang rantai yang adik pakai tu. Kita boleh nampak huruf-huruf dalam rantai tu. Saya percaya, adik Nuha nak pakai rantai namanya sendiri dengan huruf, Nun, Wau, Ya , Alif. Tapi kalau ikut dalam Quran, ayat satu Surah Nuh, sama dalam rantai tu. Maaf kalau saya cakap, adik Nuha telah silap kerana pakai nama Nabi Noah.”- katanya dalam video yang dimuatnaik pada minggu lalu.
@cheb_ali
Replying to @haniahsalwana #habbeina #azuraaziz #chebali #cinta #love #lagu #laguarab #arabicsong #arabsong #mesir #malaysia #arabmelayu #kugeram #fyp #fy #white #hiburan #tiktok
Penjelasan Cheb Ali telah mendapat reaksi positif dari peminatnya. Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Cheb Ali kerana telah berkongsi ilmu mengenai tulisan arab.
“Bagus teguran die…teguran ini bermakna untuk kebaikan sendiri…tak salah tapi perbetulkan tu je… alhamdulillah”- tulis eorang netizen.
“Cara tegur yang sangat-sangat lembut dan tidak akan buat orang marah. Terima kasih dapat ilmu petang-petang ni”- tulis netizen lagi.
“Ohh Alhamdulillah dapat ilmu hari ni.. saya ingatkan ejaan jawi .. tapi rupanya berkait dengan perkataan dalam alquran jgk .. masyaAllah”- tambah netizen lagi.
Nampaknya masih ramai yang keliru tentang penulisan nama rumi kepada arab atau jawi. Jadi apa komen anda?
Netizen Kembali Bercakap Tentang Nyanyian Nuha Bahrin Semasa Di Pertandingan Nyanyian?
Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zeti ; Anwar bersikap ‘No Action, Talk Only’?
- Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC
- Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula
- Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :