Banteras judi: 904 individu ditahan, rampasan lebih RM500,000 dalam Op Limau
Banteras judi: 904 individu ditahan, rampasan lebih RM500,000 dalam Op Limau
KUALA LUMPUR: Seramai 904 individu ditahan melalui 137 serbuan bersama rampasan bernilai lebih RM500,000 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina dari 15 hingga 29 Januari lalu.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata operasi itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras aktiviti perjudian di dalam bangunan dan tempat terbuka pada sambutan perayaan berkenaan.
“Sepanjang tempoh 15 hari Op Limau dijalankan, PDRM melakukan 137 serbuan di seluruh negara membabitkan 86 serbuan ke atas kegiatan judi di dalam bangunan dengan 650 tangkapan, dan 51 serbuan membanteras kegiatan judi di luar bangunan dengan 254 tangkapan.
“Serbuan tertinggi dilakukan di Selangor membabitkan 23 serbuan dengan 166 tangkapan dan rampasan RM196,893, diikuti Sarawak membabitkan 18 serbuan dengan 88 tangkapan serta rampasan RM11,661,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam Op Limau kali ini, beliau berkata, PDRM juga melakukan pelbagai rampasan berjumlah RM440,647 melalui serbuan judi di dalam bangunan, serta rampasan berjumlah RM73,146 menerusi serbuan judi di luar bangunan, dengan keseluruhan rampasan bernilai RM513,793.
“Semua kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 7(2) akta sama.
“PDRM akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada terhadap individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan, dalam usaha menangani aktiviti perjudian,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai sebarang kegiatan perjudian, boleh menyalurkannya menerusi Hotline WhatsApp Op Limau melalui talian 016-5573477.
10,000 polis, tentera dikerah banteras kegiatan mafia di El Salvador
Banteras judi: 904 individu ditahan, rampasan lebih RM500,000 dalam Op Limau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.