Dua maut nahas dua kenderaan

Dua maut nahas dua kenderaan

Dua maut nahas dua kenderaan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Jalan Beruas-Ipoh, di sini, pagi tadi. – Foto ihsan bomba

MANJUNG: Dua maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan van pekerja di Kilometer 10 Jalan Beruas-Ipoh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, pemandu Kelisa, Fatimah Mohd Ali, 64, dan penumpang belakang, Mohd Ibrahim Md Deram, 77, maut di tempat kejadian.

Dua lagi penumpang kenderaan itu, Osman Azmi Chulan, 70, dan Fazlina Mohd Ibrahim, 53, cedera parah.



Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 9.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati, empat penumpang menaiki Perodua Kelisa berkenaan dalam perjalanan dari Simpang Tiga, Parit menghala ke arah Beruas.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah van pekerja jenis Nissan dipandu wanita berusia 35 tahun dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan Perodua Kelisa itu.

“Akibatnya, berlaku rempuhan membabitkan kedua-dua kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Boo Khim berkata, bagaimanapun pemandu van berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

“Semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ramai kagum transformasi Perodua Kelisa



Dua maut nahas dua kenderaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button