Kerajaan Siasat Ketirisan Dana Vaksin Covid-19

Kerajaan Siasat Ketirisan Dana Vaksin Covid-19

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan menyediakan kertas putih mengenai perbelanjaan dana dan jumlah vaksin Covid-19 yang sudah diterima.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061373/kertas-putih-perolehan-vaksin-kos-berkaitan-akan-dibentang-di

Penyediaan kertas putih itu adalah hasil dari penemuan awal yang mendapati terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya.

Anwar juga berkata perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat.

“Soal utama bukan siapa menteri, tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu,” tegas Anwar.



Anwar juga mendedahkan perbelanjaan vaksin Covid-19 tidak mengikut peraturan.

Ia hanya ditandatangani menteri tanpa persetujuan dari Peguam Negara.

Kertas putih itu akan dibentang di parlimen oleh Menteri Kesihatan, DrĀ  Zaliha Mustafa.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan membeli vaksin Covid-19 dianggar melebihi RM7 bilion.



Baca di sini:

1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-beli-vaksin-berjumlah-rm205-bilion-kurang-dari-anggaran-awal-khairy-268170

2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/810857/kerajaan-ambil-rm5-bilion-daripada-rm195-bilion-kwan

Kesemua pembelian vaksin Covid-19 dilakukan di era pemerintahan Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri.



Manakala menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya di dalam pembelian vaksin Covid-19 adalah Khairy Jamaluddin (KJ).

Jumlah dos yang sudah diberikan kepada rakyat Malaysia termasuk dos penggalak adalah sebanyak 72,143,811 dos.

Baca di sini:

https://covidnow.moh.gov.my/bm/vaccinations/



Manakala dos yang terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempuh dianggar antara 5 ke 6 juta dos.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/06/kemuka-fakta-berkait-pelupusan-vaksin-covid-19-kerajaan-diberitahu/

Sebagai rakyat, sudah pasti kita menantikan lapuran kertas putih mengenai pembelian vaksin Covid-19 kerana jumlah wang yang dibelanjakan sangat besar.



Kita juga mahu Kerajaan Perpaduan mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan berbanding dengan jumlah yang sepatutnya dibelanjakan.

Mengenai pelupusan 5 ke 6 juta vaksin, KJ mesti bertanggungjawab!!!

 

Kerajaan Siasat Ketirisan Dana Vaksin Covid-19

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button