Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
Kalau menurut kenyataan dari presiden PPBM, Muhyiddi Yasin, projek Jana Wibawa adalah projek yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan era PN, Tengku Zafrul.
Tujuan projek Jana Wibawa adalah kononnya untuk membantu kontraktor bumiputera yang terkesan akibat dari pandemik Covid-19.
Menurut Muhyiddin, kontraktor bumiputera itu tidak dibantu, maka mereka mungkin akan menjadi muflis.
“Kalau tak dibantu, sebab sebahagian besar sudah gulung tikar”.
“Idea itu datang daripada Tengku Zafrul dan saya setuju, dibawa kepada kabinet dan kabinet luluskan”.
“Kemudian kita laksanakan dengan meminta persatuan pemborong Bumiputera mengemukakan nama-nama kontraktor yang diluluskan oleh CIDB dengan gred tiga hingga lima bintang”.
“Ini saja yang boleh mohon”.
“Itu sudah diserah oleh persatuan Bumiputera, ada lebih 54 syarikat”.
“Peraturan ini dibuat oleh pihak Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu, dan pemilih juga adalah Menteri Kewangan,” jelas Muhyiddin.
Baca di sini:
Namun Presiden PKMM, Mohamed Fadzill Hassan menafikan kenyataan Muhyiddin bahawa projek di bawah Jana Wibawa diberikan kepada kontraktor Bumiputera uang bernaung di bawah PKMM.
“Tiada ahli PKMM terbabit projek itu (Jana Wibawa)”.
“Saya mengesahkan persatuan memang sedia maklum mengenai projek Jana Wibawa”.
“Malah pernah membangkitkan isu ini kepada bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri yang menyatakan komitmen untuk menyiasatnya,” jelas beliau.
Namun apabila pertuduhan dibacakan di mahkamah, terdedah hal yang selama ini disembunyikan.
Wan Saiful dituduh telah meminta dan menerima suapan dari Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road.
Rupanya penulis tidak tahu, selama ini ada orang Melayu atau Bumiputera yang mempunyai nama Lian Tan Chuan.
Biasanya kalau orang Melayu namanya akan diletakkan ‘bin’.
Agak-agaknya apa nama penuh Lian Tan Chuan nie yer…🙇🙇🙇
Apakah mungkin nama penuh beliau adalah Lian Tan Chuan bin Lian Tom Pok…🤫🤫🤫
Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman
- Kelantan Bentang Belanjawan Defisit Tapi Gaji ADUN & EXCO Di Naikkan
- Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM