Tiga kali isi diesel, rupanya seludup minyak
Tiga kali isi diesel, rupanya seludup minyak
ALOR SETAR: Tindakan mencurigakan lelaki yang memandu kenderaan bernombor pendaftaran Thailand berulang-alik mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak yang sama di sekitar Changlun, membongkar kegiatan penyeludupan minyak.
Kegiatan itu dikesan selepas sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah melakukan pemantauan di kawasan itu, semalam.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata dalam Operasi Penyeludupan Minyak Diesel yang dilakukan itu, anggotanya mendapati lelaki terbabit mengisi minyak ke dalam kenderaan pikap Toyota Hilux itu, tiga kali di stesen minyak berkenaan antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Beliau berkata, tindakan mencurigakan lelaki warga asing berusia 50-an itu menyebabkan dia ditahan untuk tindakan lanjut.
“Anggota kami melakukan pemantauan hasil lima jam di kawasan itu untuk mengesan kegiatan warga asing yang cuba untuk menyeleweng minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
“Walaupun hasil rampasan tidak banyak dan membabitkan nilai RM129, tindakan lelaki itu tetap melakukan kesalahan menyebabkan kenderaan itu disita dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM89,129 termasuk kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Semakan Kes SRC – Bukan Najib , tetapi sistem Judisiari yang dalam perbicaraan.
- 3 calon Naib Presiden Umno popular
Affendi berkata, suspek kemudian direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011.
Tiga kali isi diesel, rupanya seludup minyak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :