Separuh penduduk dunia obes menjelang 2035
Separuh penduduk dunia obes menjelang 2035
LONDON: Lebih separuh daripada penduduk dunia akan mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes menjelang tahun 2035 jika tiada sebarang tindakan segera diambil.
Atlas Persekutuan Obesiti Dunia 2023 meramalkan, sebanyak 51 peratus penduduk dunia atau lebih 4 bilion orang akan mengalami masalah obesiti dalam tempoh 12 tahun akan datang.
Laporan itu mendapati, kadar obesiti meningkat dengan cepat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan di negara berpendapatan rendah.
Presiden Persekutuan Obesiti Dunia, Louise Baur menyifatkan data itu sebagai amaran jelas dan menggesa pembuat dasar untuk bertindak segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih buruk.
“Adalah amat membimbangkan apabila melihat kadar obesiti meningkat paling pantas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
“Kerajaan dan penggubal dasar di seluruh dunia perlu melakukan segala usaha yang mereka mampu untuk mengelak menyalurkan kos kesihatan, sosial dan ekonomi kepada generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan itu mendapati obesiti kanak-kanak bakal meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun 2020 melibatkan 208 juta lelaki dan 175 juta perempuan menjelang 2035.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Idrus Harun kekal Peguam Negara
- Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah
- Majlis Peguam Berbeza Pendapat Dengan T. Maimoon Berkenaan Siasatan SPRM Atas Nazlan
- Bendahari Agung BERSATU ditahan SPRM
Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyalahkan individu, sebaliknya menekankan tumpuan kepada faktor masyarakat, alam sekitar dan biologi yang terlibat dalam keadaan tersebut.
Selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), skor Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 25 dikira sebagai berat badan berlebihan manakala skor melebihi 30 adalah obes.
Laporan itu juga mendapati, hampir semua negara yang dijangka menyaksikan peningkatan terbesar dalam obesiti pada tahun-tahun akan datang adalah negara berpendapatan rendah atau sederhana di Asia dan Afrika.
Data itu akan dibentangkan kepada penggubal dasar dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.-REUTERS
Separuh penduduk dunia obes menjelang 2035
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib akan dapat perbicaraan semula?
- Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.
- Sukar untuk Rafizi lakana GST setelah rakyat di “program” benci GST
- Pinda laporan audit 1MDB, Najib dan Arul dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :