Muhyiddin dijangka ditahan SPRM hari ini
PUTRAJAYA: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat badan siasatan itu di sini.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan BERSATU Nasional, Datuk Razali Idris dan beliau juga menjangkakan bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah esok oleh SPRM.
“Muhyiddin sudah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM dan kita jangka beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah, esok.
Ditanya sama ada pemimpin BERSATU yang lain akan turut ditahan oleh SPRM, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata, itu tidak mustahil berlaku.
Siasatan terhadap Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Wibawa.
BHOnline