Orca paling kesunyian ditemukan mati
Orca paling kesunyian ditemukan mati
OTTAWA: Paus pembunuh dalam kurungan terakhir di Kanada yang diberi nama Kiska dilaporkan mati Khamis lalu.
Haiwan itu menghabiskan masa lebih empat dekad dalam kurungan di Marineland di Niagara Falls selepas ditangkap di perairan Iceland pada 1979 bersama bintang filem Free Willy, Keiko.
Kematian Kiska berlaku empat tahun selepas Kanada secara rasmi melarang paus, dolfin, dan ikan lumba-lumba daripada dibiakkan atau ditahan dalam kurungan.
Kehidupan Kiska dalam pengasingan menyebabkan Projek Perlindungan Paus menggambarkannya sebagai ‘paus paling sepi di dunia’.
Kumpulan hak asasi haiwan melaporkan, Kiska mati akibat jangkitan kuman namun tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini.
Aktivis kebajikan haiwan menyatakan kebimbangan terhadap layanan yang diterima orca itu semasa dalam kurungan berikutan kematiannya.
“Sungguh menyayat hati apabila mengetahui bahawa Kiska tidak akan berpeluang untuk dipindahkan ke kawasan perlindungan paus dan merasai kebebasan yang seharusnya diperoleh,” kata Pengarah Eksekutif Animal Justice, Camille Labchuk.
Menurut Pusat Pemuliharaan Paus dan Lumba-lumba, terdapat sekurang-kurangnya 55 paus pembunuh dalam kurungan di taman laut di seluruh dunia setakat 9 Januari lalu.-AGENSI
Lima ekor singa terlepas dari kurungan, Zoo Sydney ‘lockdown’
Orca paling kesunyian ditemukan mati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :