Janna Nick Mengaku Pernah Kena Sihir Sepanjang Jadi Anak Seni
Janna Nick Mengaku Pernah Kena Sihir Sepanjang Jadi Anak Seni
Ilmu hitam sering kali digunakan oleh individu ke atas individu yang lain dek kerana perasaan atau hasrat dengki yang disimpan seseorang atas hal tertentu.
Pelakon Janna Nick akui disihir dari awal penglibatannya sebagai anak seni dan berkongsi cara untuk mengatasinya.
Ilmu hitam
Menerusi Instagram Stories yang dimuat naik, Janna, 27, menyatakan dirinya sentiasa ‘terkena’ buatan orang sepanjang bergelar seorang selebriti. Dalam pada itu, Janna sempat berkongsi tips yang sering kali diamalkannya untuk melawan ilmu sihir yang dihantar individu.
Bohong la kalau saya tak pernah kena. Sentiasa kena daripada awal penglibatan saya.
Antara tipsnya adalah jangan tinggal solat, sentiasa berzikir di dalam hati. Sebab kadang-kadang benda seperti itu ada di dalam darah kita, jadi kita sendiri boleh rasa benda itu.
Jika nak ke sesuatu tempat yang kita rasa ‘sesuatu’ atau hendak melakukan sesuatu yang besar seperti persembahan, pastikan sebelum itu saya akan amalkan ayat kursi tujuh depan tujuh belakang, tujuh atas, tujuh bawah, kiri dan kanan. Enam kali tujuh ayat kursi.
Tambah pelantun lagu ‘Gatal’ itu dia sentiasa berhati-hati dalam menerima makanan yang diberi mahupun yang dibeli di kedai. Baginya, dia akan mengamalkan ayat pendinding diri walau di mana sahaja dirinya berada.
Sumber: Instagram @Jannanick
Janna Nick Mengaku Pernah Kena Sihir Sepanjang Jadi Anak Seni
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :