Pasangan suami isteri cedera disimbah asid ketika masuk lif

Pasangan suami isteri cedera disimbah asid ketika masuk lif

Pasangan suami isteri cedera disimbah asid ketika masuk lif

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri cedera, manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita, ketika memasuki lif di sebuah pangsapuri dekat Batu Caves di sini, awal pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 3.10 pagi, selepas insiden itu berlaku pada jam 1.27 pagi.



Katanya, mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warga negara asing berusia 37 tahun dan anak lelaki mereka berusia 14 tahun.

Menurutnya, suspek wanita bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari luar lif sebelum melarikan diri.

“Mangsa telah meminta bantuan orang awam untuk menghantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan selepas cedera di beberapa bahagian badan dan telah dibenarkan pulang manakala anaknya tidak mengalami kecederaan,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) turut tular selepas dikongsi di media sosial.

Pasangan suami isteri cedera disimbah asid ketika masuk lif
Tangkap layar rakaman CCTV tular di media sosial.

Noor Ariffin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang mengesan suspek berkenaan.



Beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Nizar Adnan di talian 013-9661892 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03- 61262222. – BERNAMA

Pasangan suami isteri cedera disimbah asid ketika masuk lif


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button