Lelaki serang isteri bekas ADUN selepas anak dituduh mencuri

Lelaki serang isteri bekas ADUN selepas anak dituduh mencuri

Lelaki serang isteri bekas ADUN selepas anak dituduh mencuri
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyerang pemilik kedai runcit yang juga isteri kepada bekas ADUNBayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, di Sungai Ara, di sini, gara-gara tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri. Foto ihsan pembaca

BAYAN LEPAS: Tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri menyebabkan seorang bapa bertindak menyerang pemilik kedai runcit di Jalan Datuk Ismail Hashim, Sungai Ara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1.40 itu, lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk kepala wanita berkenaan yang juga isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Azrul Mahathir berkata, terdahulu isterinya didatangi lelaki yang tidak dikenali di kedai runcit itu sebelum bertanya mengenai tuduhan bahawa anak perempuannya mencuri di premis berkenaan.

Isterinya kemudian mengakui ada menahan murid sekolah yang dianggarkan berusia 11 tahun di premis itu ketika kanak-kanak terbabit dipercayai mencuri dengan memasukkan makanan ringan ke dalam beg.



“Tidak lama selepas kanak-kanak itu beredar, lelaki berkenaan masuk ke dalam kedai dan menyerang dengan mengetuk kepala isteri saya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


“Dia cuba mengetuk kepala isteri bagi kali kedua, namun berjaya dielak sebelum isteri meminta pekerja kedai menelefon polis,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.



Sebelum beredar, lelaki terbabit juga memberitahu bahawa dia akan datang semula ke kedai itu bersama isterinya.

“Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Teluk Kumbar pada jam 4.50 petang tadi bagi tindakan dan keselamatan isteri serta pekerja premis.

“Memang tidak wajar sekiranya lelaki melakukan tindakan demikian terhadap seorang wanita. Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan,” katanya.

Lelaki serang isteri bekas ADUN selepas anak dituduh mencuri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading