Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]

Nak Buat Macam Mana, Suami Kita Helok

Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]

Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]
Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]
Pelakon, Fazura mendakwa ada seorang aktres wanita yang cuba untuk menyondol suaminya, Fattah Amin dan mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]

Menerusi satu temu bual bersama Hlive, Fazura memaklumkan dia menyedari cubaan menyondol pelakon wanita tersebut sewaktu dirinya sedang hamil anak pertama, Nur Fatima Aisya namun memilih untuk tidak cepat melatah.

Adalah, memang ada insiden sebelum ni juga (orang ketiga) yang mencuba-cuba tapi saya tak ada tanya pada Fattah ke apa cuma orang yang maklumkan pada saya.

Ada satu insiden tu di tayangan filem, saya ingat lagi waktu itu saya sedang hamil di rumah. Saya tak pergi sebab masa itu zaman Covid kan, jadi risaulah nak keluar apa semua.

Ada satu insiden seorang pelakon ni sampaikan dia cuba untuk mendekati Fattah dan sebagainya. Perkara itu disaksikan keluarga saya juga.

Tapi saya tenang, kalau apa-apa pun saya tak akan nak serang suami saya apa benda semua sebab pada saya kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi jadi tak apa, saya tenang je.

Dalam pada itu, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu memaklumkan dia bukanlah seorang yang cemburu dan memilih untuk mempercayai suaminya untuk terus menjalani bahtera rumah tangga.

Saya seorang yang tak cemburu sebab saya percayakan suami saya dan Alhamdulillah Fattah merupakan seorang suami yang baik.

Memang saya tak pernah ada duduk berbincang dengan Fattah pun mengenai isu sebegini sebab saya percayakan suami saya tapi tulah nak buat macam mana? Suami kita helok.

Sekadar info, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin telah pun mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin pada 27 November 2017 yang lalu.

Hasil dari perkahwinan mereka itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Video

 

Sumber: Instagram

Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker