Restoran Raso Omak Den

Restoran Raso Omak Den
Sumber: restoran raso omak den

Dengar nama kedainya sahaja dah dapat teka apa jenis masakan yang bakal menanti. Ya, Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati ini menghidangkan pelbagai jenis masakan Negeri Sembilan yang asli. Bagi yang suka makan ‘podas-podas,’ di sinilah deria rasa anda dapat merasai nikmat menjamu selera yang sebenar.

Antara hidangan yang menanti adalah sambal tempoyak daun kayu, daging salai masak lemak, ikan bakar, masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging kicap, udang sambal dan banyak lagi. Bagi anda yang nak berbajet dalam belanja, jangan risau, semua lauk-pauk lengkap dengan harga untuk memudahkan anda mencongak jumlah cajnya nanti.

Restoran ini turut menyediakan hidangan sarapan pagi dengan makanan seperti mee, nasi lemak dan juga pelbagai jenis kuih-muih.

Bukan sahaja dapat merasai hidangan yang dimasak secukup rasa, layanan  yang diberikan juga sungguh menyejukkan hati. Kalau macam ni, datang setiap hari pun tak apa.



Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (8.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (Tutup)

Teka Teki Kabinet Semakin Hangat



Restoran Raso Omak Den

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button