Sorok dadah bernilai RM17.9 juta dalam pakaian bundle
Sorok dadah bernilai RM17.9 juta dalam pakaian bundle
TANAH MERAH: Cubaan menyembunyikan 499 kilogram dadah jenis syabu di sebalik pakaian terpakai dalam van yang menggunakan nombor pendaftaran palsu ditumpaskan menerusi Op Wawasan.
Taktik pengedar barang terlarang itu berjaya dikesan pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam Op Wawasan, Isnin lalu.
Pasukan itu menemui kenderaan dengan muatan dadah bernilai RM17.9 juta itu di tepi Jalan Wan Ahmad, Tanah Merah pada 9.30 malam, namun pemandu van sempat melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob berkata, suspek dipercayai melarikan diri ke arah semak dan meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan enjin masih hidup.
“Pemeriksaan anggota di bahagian belakang van menemui 13 guni putih yang di dalamnya mengandungi 99 bungkusan bertulis Guan Yin Wang, disyaki berisi dadah jenis syabu.
“Dadah itu yang dipercayai dibawa masuk dari seberang, berkemungkinan untuk pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim
- Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang
- Majlis Peguam yang membosankan.
- Apa alasan untuk tidak membebaskan Najib?
Azman berkata, selain nombor pendaftaran palsu, nombor chasis dan enjin van itu sudah diganggu.
Beliau berkata, jumlah dadah dirampas dipercayai boleh digunakan hampir lima juta penagih dan siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Terdapat lebih 200 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dan kita sentiasa menjalankan pemantauan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dadah,” katanya.
Dalam pada itu, Azman berkata, lebih RM37. 1 juta dadah pelbagai jenis dirampas Polis Kelantan dalam tempoh Januari hingga 20 Mac lalu.
Katanya, rampasan menerusi Op Tapis Harian, Op Tapis Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Semalaysia dan Op Tapis Bersepadu.
“Dalam tempoh itu, 4,240 orang ditahan, dua pistol dan masing-masing selaras senapang angin dan senapang patah turut dirampas. Harta yang dilucut hak susulan kes bernilai lebih RM1.17 juta,” katanya.
Sorok dadah bernilai RM17.9 juta dalam pakaian bundle
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19