Israel sekat rakyat Palestin masuki Masjid al-Aqsa
Israel sekat rakyat Palestin masuki Masjid al-Aqsa
BAITULMUQADDIS: Ketegangan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dikhuatiri semakin memuncak berikutan serangan berterusan oleh tentera Israel dan sekatan baharu yang dikenakan rejim zionis kepada rakyat Palestin untuk memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.
Rejim zionis juga seolah cuba mencetus provokasi dan tidak menghormati bulan yang mulia ini apabila turut mengumumkan beberapa siri sekatan pergerakan terhadap rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki sepanjang Ramadan.
KENAKAN KUOTA TERHAD
Sekatan itu diumumkan Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan dalam satu kenyataan kelmarin.
“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun akan dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit.
“Bagaimanapun Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun,” tambahnya.
Di Semenanjung Gaza, Israel turut mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 55 tahun ke atas dari Ahad hingga Khamis untuk memasuki Masjid al-Aqsa.
Pegawai Israel itu juga berkata, kelulusan keselamatan diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah atau warga asing yang ingin melawat saudara mereka di kawasan sama.
Pengarah Badan Amal Waqf Jordan, Azzam al-Kateeb yang bertanggungjawab menguruskan kegiatan umat Islam Palestin di masjid tersebut turut meluahkan kebimbangannya berhubung sekatan baharu itu.
“Kami mengambil masa dua bulan setiap tahun untuk membawa 500 kakitangan Waqf membuat persiapan menyambut Ramadan di Palestin dengan bantuan daripada sukarelawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
“Akses logistik ke Masjid al-Aqsa untuk ratusan ribu penduduk Palestin mengerjakan solat tarawih serta penyediaan makanan berbuka puasa setiap malam untuk lebih 10,000 jemaah yang sudah kami uruskan dikhuatiri terganggu dengan sekatan baharu ini,” katanya.
Dalam satu kenyataan, polis Israel berkata, kawalan keselamatan juga akan diperketatkan sepanjang Ramadan dan polis tambahan serta pasukan sempadan akan ditempatkan di sekitar bandar.
HAMAS KECAM ZIONIS
Hamas semalam mengecam sekatan tidak berasas yang dikenakan ke atas kemasukan jemaah Palestin ke Masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas bagi Hal Ehwal Baitulmuqaddis, Mohammad Hamada menyifatkan sekatan yang diisytiharkan oleh rejim zionis itu sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap hak kebebasan beribadat untuk umat Islam.
Beliau juga berkata, sekatan sedemikian dianggap sebagai campur tangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rejim zionis terhadap hal ehwal lokasi beribadat umat Islam.
Justeru itu, Mohammad menyeru rakyat Palestin untuk meningkatkan kehadiran mereka di masjid tersebut sepanjang bulan Ramadan bagi mempertahankannya daripada serangan dan pencerobohan tentera Israel.
TAHUN PALING MENCABAR
Menurut kumpulan hak asasi manusia, lebih 100 rakyat Palestin dan 16 warga Israel terbunuh sejak Januari lalu, sekaligus menjadikannya antara pertumpahan darah terburuk dalam tempoh dua dekad.
Keghairahan kerajaan baharu Israel yang tidak henti-henti merobohkan kediaman Palestin di Baitulmuqaddis dan keputusan awal minggu ini untuk memansuhkan undang-undang 2005 yang memerintahkan pemindahan empat penempatan Tebing Barat yang sangat sensitif, turut mencetuskan ketegangan serantau.
Keganasan dan provokasi berterusan itu membawa kepada spekulasi bahawa wilayah tersebut mungkin berada pada peringkataan permulaan intifada ketiga rakyat Palestin.-AGENSI
Malaysia kutuk tindakan menteri Israel ceroboh laman Al-Aqsa
Israel sekat rakyat Palestin masuki Masjid al-Aqsa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi