Bintang Chelsea jadi tukang baik pulih rumah
LONDON: Bintang Chelsea, Thiago Silva menukar kerjayanya sebagai tukang baik pulih kediamannya ketika dalam proses pemulihan daripada masalah kecederaan.
Pemain berusia 38 tahun itu diketepikan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan lutut ketika The Blues tewas 2-0 di tangan Tottenham.
Namun Silva tetap berada di Stamford Bridge sekalipun tidak beraksi demi memberi sokongan kepada rakan sepasukannya.
Dia kekal produktif di rumahnya walaupun perlu berehat ketika ini.
Isterinya, Isabelle berkongsi videonya sedang memanjat tangga di rumah.
Silva ketawa selepas menyedari isterinya mengambil video ketika dia sedang melakukan sedikit kerja pembaikan di rumahnya.
Isabelle menulis dalam bahasa Portugis ‘dia berehat di rumah tetapi dijangkiti penyakit Bob The Builder.’
AGENSI