Liga Super: Sri Pahang waspada ancaman Perak FC

Liga Super: Sri Pahang waspada ancaman Perak FC

Liga Super: Sri Pahang waspada ancaman Perak FC
Fandi Ahmad (dua dari kiri) berjaya membantu Sri Pahang menghuni tangga keempat Liga Super ketika ini. – Foto ihsan Facebook Sri Pahang

KUANTAN – Tempoh dua minggu sudah memadai Sri Pahang kembali bangkit  berdepan Perak FC di Stadium Darul Makmur malam esok.

Ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad yakin tempoh itu cukup untuk membentuk semula gandingan pemain baharu dan lama untuk lebih menyengat.

“Saya perlu menyusun semula  persefahaman dan kombinasi antara pemain terutama dengan corak permainan yang dipamerkan  pemain baharu,” katanya.



Sri Pahang  menggunakan khidmat pemain import baharu, Rafael Silva dan Kovondik Ruziew tetapi tewas dengan pasukan Sabah FC di awal kemunculan mereka.

Kini, Fandi yakin dua pemain import itu sudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Mohd Azam Azih atau Kpah Sherman untuk membentuk jentera tengah dan serangan yang lebih padu dan  berbisa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




“Insyallah, dari apa yang saya  lihat  pemain agak lebih cergas dan gairah  menanti perlawanan ini.

“Malah Kpah dan pemain lain sudah mulai selesa dan dari segi physical nampak lebih baik dari minggu yang lalu,” katanya.

Cuma, seperti Fandi katakan sama ada pemain yang lain dapat bermain hanya akan tentukan pada hari latihan terakhir hari ini kerana terdapat pemain yang di serang demam ringan.

Tidak memandang mudah dengan cabaran Perak FC, kekuatan dan kelebihan yang dimiliki lawan di akui Fandi kerana Perak juga sedang meningkat  dengan tambahan pemain baru.



“Saya harap Sri Pahang mendapat tiga mata di hadapan penyokong sendiri dengan  pemain harus fokus dan positif , lupakan game di Sabah dan harus punya motivasi individu dan team,” katanya.

Fandi meminta anak buahnya memberi tumpuan kepada semua pemain lawan kerana jika  di beri ruang pasti akan lebih merbahaya dan itu sebab Sri Pahang harus lebih waspada. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Sri Pahang waspada ancaman Perak FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading