DIKECAM NETIZEN – USTAZ EBIT LEW TENANGKAN HATI DENGAN SOLAT SUNAT, MENANGIS & MEMAAFKAN

“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan akan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana..,” demikian kata penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang hanya memilih untuk mengabaikan kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat dan sentiasa memaafkan mereka di luar sana yang berniat tidak baik kepadanya.

Kesungguhan dan keprihatinan Ebit Lew dalam kerja-kerja amal serta aktiviti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan memang sangat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat.

Meskipun begitu, pastinya ada mulut-mulut yang menyinggung perasaan pendakwah tersebut seperti kata-kata kurang enak seolah-olah dia ingin menunjuk kekayaan dan ada juga yang tampil merendah-rendahkan usaha murninya itu.

Ebit Lew yang sering memuat naik video serta foto-foto sepanjang perjalanan kerja amal di media sosial juga nampaknya tidak terlepas daripada kata-kata manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang sedang dilakukannya kini.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Mengakui berasa sedih apabila ditimpa ujian seperti itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,36, berkata dia akan sentiasa mengingati pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W ketika mengembangkan syiar Islam yang baginya pernah diperlakukan lebih dasyat berbanding apa yang dilaluinya kini.

Ebit juga menjelaskan bahawa antara perkara yang dilakukan ketika berasa kecewa dan sedih dengan benda-benda negatif adalah dengan menangis kepada Allah serta sering melakukan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud dan Dhuha.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangi mengadu kepada-Nya. Insya Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada. Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat,” tuturnya.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

“JANGAN TERLALU MENGHITUNG SALAH DAN DOSA ORANG” – IZREEN AKUI LEBIH BAHAGIA SELEPAS MEMAAFKAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker