Kes gaduh tular di stesen minyak Bagan Ajam, polis tahan 24 lelaki

Kes gaduh tular di stesen minyak Bagan Ajam, polis tahan 24 lelaki

Kes gaduh tular di stesen minyak Bagan Ajam, polis tahan 24 lelaki
Foto hiasan.

BUTTERWORTH: Polis menahan 24 lelaki selepas terbabit pergaduhan di sebuah stesen minyak di Bagan Ajam, di sini, yang mana beberapa video mengenainya tular di media sosial.

Video tersebar memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan yang lain di stesen minyak terbabit hingga mengalami kecederaan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan semua 24 lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun itu ditahan termasuk seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.



Mengulas lanjut, katanya, kejadian berlaku susulan tindakan provokasi lelaki yang dipukul itu kerana membunyikan ekzos motosikal dengan kuat ketika perarakan agama, lalu mencetus rasa tidak puas hati.

“Semua lelaki yang terbabit dalam kejadian itu termasuk mangsa ditahan untuk membantu siasatan susulan yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kes gaduh tular di stesen minyak Bagan Ajam, polis tahan 24 lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button