Snooze Boxe Port Dickson

Homestay Kontena Best Di PD

Snooze Boxe Port Dickson

Masih merancang nak ke mana hujung minggu ni? Mai singgah ke Port Dickson! Lokasi yang terkenal dengan pantai-pantai indah berpasir putih dan hamparan lautan yang umpama tidak berpenghujung ini hanyalah satu jam perjalanan sahaja dari kotaraya Kuala Lumpur!

Bukan sekadar menjadi lokasi untuk melakukan aktiviti pantai bersama keluarga, Port Dickson juga menawarkan banyak tarikan menarik lain dan ini termasuklah tempat penginapan unik yang diberi nama Snooze Boxe.



Lokasi

Terletak di lokasi yang strategik, Snooze Boxe terletak tidak jauh daripada pelbagai tarikan di Port Dickson seperti Pantai Saujana Port Dickson yang hanyalah 3-8 minit perjalanan.

Hanyalah 5 minit pemanduan dari sini pula adalah tarikan seperti Pulau Burung, Pantai Cahaya dan Muzium Angkatan Tentera Malaysia.

Bilik Penginapan

Snooze Boxe adalah sejenis penginapan yang berkonsep lain daripada yang lain di mana anda dapat menikmati pengalaman menginap di dalam kontena yang selesa.

Snooze Boxe Port Dickson



Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu Kontena Family, Kabin Backpackers, Kabin Ekon atau Charter keseluruhan penginapan.

Bagi Kontena Family, ianya sesuai untuk diinapi oleh 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Bilik ini lengkap dengan kemudahan seperti aircond, hiburan tv Njoi dan sebagainya dengan caj yang bermula dari RM98/semalaman. Untuk Kabin Backpackers pula terdapat dua pilihan iaitu sama ada kabin berkipas (dari RM25/semalaman) atau kabin beraircond (dari RM30/semalaman).

Sekiranya anda ingin bercuti dalam suasana penuh privasi seolah-olah Snooze Boxe ini anda yang punya, caj yang dikenakan hanyalah dari RM2200/semalaman.

Kemudahan

Snooze Boxe lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan yang maksima kepada penginap.



Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, tapak bbq, dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak dan peti sejuk, surau dan juga tempat meletak kereta.

Aktiviti

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bukan sahaja di sekitar tempat penginapan, tapi juga di tempat penginapan sendiri!



Bermandi-Manda di Kolam Renang

Snooze Boxe Port Dickson

Untuk pengetahuan anda, Snooze Boxe adalah sebuah penginapan yang dapat memberi keseronokan kepada semua ahli keluarga tanpa mengira usia kerana ia turut dilengkapi dengan kolam renang kanak-kanak dan juga kolam renang dewasa. Ya, sepanjang menginap di sini, anda boleh terjun ke kolam renang setiap hari.

Sukaneka

Anda turut boleh mendapatkan pakej sukaneka yang ditawarkan Snooze Boxe.

Beli-Belah

Untuk bershopping atau membeli barangan keperluan anda boleh singgah ke kedai-kedai yang terdapat di sekitar, Pasar Tani Rabu, Pasar Malam Batu 4, Kompleks Oceanic Mall Jalan Pantai, Regina Mall Port Dickson dan sebagainya.



Bersuka Ria Di Pantai Saujana Port Dickson

Pantai Saujana Port Dickson adalah sebuah tarikan yang terletak hanyalah dalam 3 ke 8 minit perjalanan kaki dari penginapan.

Snooze Boxe Port Dickson

Di pantai ini, anda dapat melihat ramai kanak-kanak dan juga orang dewasa berusaha dengan gigih untuk menerbangkan layang-layang mereka. Selain aktiviti ini, Pantai Saujana turut terkenal sebagai tapak perkhemahan kerana ia dilengkapi dengan fasiliti yang memudahkan pengunjung iaitu bilik mandi awam. Di bahagian hujung Pantai Saujana yang menjadi kawasan perkhemahan ini juga adalah lokasi untuk kaki pancing mencuba nasib memancing ikan laut.

Selain ini semua, anda turut boleh merancang untuk melakukan banyak aktiviti lain dengan melawat pelbagai tarikan lain Pulau Burung, Pantai Cahaya, Muzium Angkatan Tentera Malaysia, Dataran Teluk Kemng, PD Waterfront, Pusat Ikan Hiasan, Edu-Ecotourism Sungai Menyala, Balai Cerap Telok Kemang, PD Ostrich Show Farm dan banyak lagi yang berjarak antara 5 minit ke 15 minit pemanduan dari Snooze Boxe.



Tarikan yang terletak dalam sekitar 25 minit pemanduan dari sini pula adalah seperti Wild West Cowboy InDoor, Muzium Lukut, Rumah Terbalik, Extreme Park dan Rumah Api Tanjung Tuan. Lokasi Snooze Boxe ini sememangnya sangat strategik!

Makan-makan

BBQ

Snooze Boxe Port Dickson

Selepas puas bermandi-manda atau melawat tarikan menarik di sekitar chalet, mesti terasa lapar kan? Untuk menghilangkan rasa lapar sambil berseronok dengan keluarga, anda boleh merancang untuk berbbq dengan menggunakan kemudahan bbq yang telah disediakan. Jangan risau, tak perlu berebut dengan penginap lain kerana Snooze Boxe menyediakan empat buah tapak bbq berbeza.

Katering

Pihak Snooze Boxe turut menyediakan pakej katering. Boleh hubungi pihak Snooze Boxe untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya

Snooze Boxe adalah penginapan yang tepat untuk diinapi bersama keluarga pada musim cuti atau hujung minggu kerana konsepnya yang unik dan juga fasiliti menarik yang disediakan untuk kemudahan anda sekeluarga beraktiviti bersama. Kedudukan penginapan ini juga sungguh strategik sekiranya anda turut merancang untuk meneroka pelbagai tarikan yang ditawarkan Port Dickson. Oleh itu, tunggu apa lagi? Booking penginapan anda untuk percutian yang padat dengan aktiviti di Snooze Boxe cepat!

Info Penting

Harga: Dari RM25/Semalaman

Pertanyaan/Berminat/Booking:  Aina +601128768622 | Dydy +6016 322 4289

FB Page: Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers

Instagram: @snoozeboxe

Alamat: Snooze Boxe Pd Chalet, Lot 1466, Jalan Pantai Kg Si Rusa Batu 4, 71000 Port Dickson

 

Snooze Boxe Port Dickson


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading