Data peribadi 769,000 pesara di California dicuri

Data peribadi 769,000 pesara di California dicuri

Data peribadi 769,000 pesara di California dicuri
Ilustrasi penggodam mencuri data.

WASHINGTON: Maklumat peribadi lebih 769,000 pesara kerajaan dan penerima bantuan lain dicuri di negeri California, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Sistem Persaraan Pekerja Awam California dalam satu kenyataan berkata vendor pihak ketiga, yang menggunakan program pemindahan fail MOVEit untuk tujuan memaklumkan mereka tentang kematian ahli dan mengesahkan kelayakan pembayaran, diceroboh, lapor Agensi Anadolu.

Penggodam mencuri data nama ahli, tarikh lahir, nombor keselamatan sosial dan nama ahli keluarga.



Kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab dalam serangan siber itu yang dikenal pasti sebagai Cl0p, terlibat dalam pemerasan dengan mengancam untuk menyiarkan data mangsa dalam talian, melainkan mereka memenuhi tuntutan supaya membayar wang, menurut ABC News.

Serangan siber terhadap MOVEit dilapor dilakukan oleh penggodam Russia.

– BERNAMA-ANADOLU

Data peribadi 769,000 pesara di California dicuri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading