Industri kopi Yunnan berkembang dengan kehadiran ‘doktor kopi’

Industri kopi Yunnan berkembang dengan kehadiran ‘doktor kopi’

Industri kopi Yunnan berkembang dengan kehadiran 'doktor kopi'
Pu’er di Yunnah memiliki ladang kopi seluas 45,267 hektar. – Foto Xinhua

KUNMING: Industri kopi Yunnan kini menyaksikan transformasi luar biasa apabila seorang ‘doktor kopi’ berjaya membawa perubahan pada penanaman biji kopi berkualiti tinggi.

Wang Wandong, 39, dikenali sebagai ‘doktor kopi’ dalam kalangan penanam kopi tempatan kerana usahanya yang berterusan dalam memastikan industri kopi Yunnan terkenal.

Sedekad yang lalu, beliau menghabiskan masa meredah perjalanan sejauh 500,000 kilometer melawat ladang kopi bagi mengumpul sampel tanah.



Memetik laporan Xinhua, selain itu, beliau juga berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan petani kopi mengenai teknik kawalan penyakit dan perosak yang berkesan.

Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Pertanian Yunnan pada 2006, Wang juga terbabit dalam penyelidikan mengenai penanaman dan pengeluaran kopi di Akademi Sains Pertanian Yunnan selama hampir tujuh tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?




“Selepas bekerja, saya mendapati Yunnan mempunyai begitu banyak kopi, tetapi kurang penyelidikan khusus dalam industri kopi di sini,” katanya sambil menambah bahawa kesedaran ini menjadi pemangkin kepada komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan kopi.

Jelasnya, dia masih ingat lawatan pertamanya ke ladang kopi, yang mana dia melihat perbezaan ketara dalam amalan pertanian di kalangan penanam yang membawa kepada tiada konsisten dalam kualiti kopi.

Kemudian pada 2012, Starbucks menubuhkan pusat sokongan petani di Pu’er dan beliau menyertai sebagai ahli agronomi.

Melalui kepakaran dan kesungguhannya itu, beliau mendapat kepercayaan dan penghormatan oleh penanam kopi untuk mendapatkan rujukan sekiranya menghadapi sebarang masalah kopi.



Wang sangat percaya jika biji kopi dipelihara dengan berhati-hati, ia akan memberi ganjaran kepada penanam dengan kualiti yang luar biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau


Sehingga kini, pusat sokongan ladang biji kopi itu menyediakan latihan percuma kepada lebih 32,000 orang, selain pakar saintifik dalam penanaman kopi juga menyertai industri perladangan kopi di Yunnan ini.



Selain menjadi pengeluar utama bahan mentah kopi, wilayah Yunnan ini juga memberi tumpuan kepada pemprosesan, pelancongan dan perdagangan kopi serta membina budaya kopi yang kukuh.

Pada masa ini, lebih 95 peratus kopi di China dihasilkan di Yunnan, dengan lebih 60 peratus kopi Yunnan berasal dari Pu’er.

Pada 2022, kawasan ladang kopi di Pu’er mencecah 45,267 hektar dan nilai keluarannya melepasi kira-kira AS$ 696.67 juta (RM3.2 bilion).

Melihat kejayaan itu, Wang berhasrat untuk menubuhkan muzium kopi. – AGENSI



Industri kopi Yunnan berkembang dengan kehadiran ‘doktor kopi’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button