Yayasan Murtadha anjur kempen mengimarahkan masjid untuk orang muda

Yayasan Murtadha anjur kempen mengimarahkan masjid untuk orang muda

Yayasan Murtadha anjur kempen mengimarahkan masjid untuk orang muda
Salah satu aktiviti riadah yang dijalankan oleh Yayasan Murtadha di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Yayasan Murtadha Berhad (Yayasan Murtadha) kini sedang aktif menjayakan projek pembangunan Murtadha Dakwah Centre untuk membantu masyarakat dan kumpulan sasarannya khusus di bahagian Utara.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah menyediakan rumah untuk warga emas, kompleks tahfiz integrasi, stadium e-sukan, hab sukan sunnah dan juga perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma.

Pengasas Yayasan tersebut, Mohamad Yaakub Yusra Mohd. Yusof berkata, di bawah projek pusat dakwah tersebut, pihaknya juga mahu memajukan Masjid Darul Murtadha sebagai pusat sehenti yang bukan sahaja menjadikan masjid sebagai rumah ibadat tetapi juga telah diperluaskan kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan khususnya melibatkan golongan muda.



“Kami telah menubuhkan Kelab Budak Masjid untuk menarik minat golongan muda ke masjid dan lebih menarik, kami memberikan wang saguhati kepada anak muda yang hadir untuk solat berjemaah di masjid.

Yayasan Murtadha anjur kempen mengimarahkan masjid untuk orang muda

“Kami turut menyediakan hotel kapsul sebagai kemudahan buat musafir berihat sebelum meneruskan perjalanan mereka, selain itu, kami menyediakan taman permainan kanak-kanak bagi menggalakkan anak-anak dan ibu bapa berkunjung ke masjid,’’ katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang




Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program Lepak Gang Utagha di Masjid Darul Murtadha di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Mengulas mengenai program Lepak Gang Utagha di masjid berkenaan, Mohammad Yaakub Yusra menerangkan, lebih daripada 3,000 pengunjung khususnya golongan muda telah menyertai acara julung-julung kali diadakan itu.

Tambah beliau, aktiviti tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan muda di kawasan Utara untuk mencorak kehidupan yang positif dengan membabitkan diri dalam aktiviti riadah yang berfaedah.



“Antara program yang dianjurkan adalah bola sepak Liga Sepak Penalti dan sukan elektronik yang dikenali sebagai Madad E-Football 23 Mobile,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Yayasan Murtadha anjur kempen mengimarahkan masjid untuk orang muda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading