Kanak-kanak pulang dari sekolah maut dirempuh treler

Kanak-kanak pulang dari sekolah maut dirempuh treler

Kanak-kanak pulang dari sekolah maut dirempuh treler
Kanak-kanak perempuan maut, motosikal dinaiki di langgar treler manakala adik lelakinya serta pengasuh yang juga jiran mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan di Kampung Telok Gong, hari ini. – NSTP/Ihsan JBPM Selangor

KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala adik lelakinya cedera selepas motosikal dibonceng bersama jiran dilanggar treler ketika pulang dari sekolah di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata mangsa yang meninggal dunia berusia sembilan tahun manakala adik lelakinya berusia tujuh tahun serta jiran wanita berusia 54 tahun yang juga pengasuh, cedera ringan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 11.25 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang dihantar ke lokasi.



“Nahas membabitkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut di tempat kejadian manakala dua yang lain termasuk kanak-kanak lelaki cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengasuh kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil dua beradik itu dari sekolah.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.



Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

Kanak-kanak pulang dari sekolah maut dirempuh treler


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading