Minta beli petrol sebelum simbah, bakar wanita

Oleh – Syeikh Baran


Minta beli petrol sebelum simbah, bakar wanita
Gambar Hiasan

Seorang wanita warga asing dan anak lelakinya melecur selepas disiram dan dibakar menggunakan petrol oleh dua kenalannya dalam satu kejadian di padang permainan Kampung Cheras Baru, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa berusia 32 tahun melecur 30 peratus di muka dan badan manakala anaknya mengalami kecederaan ringan.



Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa yang juga warga asing pada Ahad kira-kira pukul 1.34 pagi.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati ketika kejadian mangsa pergi ke padang permainan untuk mengambil anak lelakinya berusia dua tahun.

“Mangsa kemudiannya terserempak dengan dua kenalan yang juga lelaki warga asing dalam keadaan mabuk. Salah seorang suspek menyuruh mangsa membelikan petrol dan diisi ke dalam botol.

“Setelah mangsa menyerahkan botol yang berisi petrol, kedua-dua suspek bertindak menyimbah petrol serta menyalakan api pada mangsa.



“Sehingga kini mangsa yang juga merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) masih lagi mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Zam Halim, kedua-dua suspek berusia 26 dan 35 tahun telah dikenal pasti.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut diteruskan untuk mengesan suspek dan motif kejadian tersebut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading