Kemarau di Jawa Barat
Kemarau di Jawa Barat

Jakarta: Fenomena El Nino menyebabkan hampir 900 hektar sawah di Jawa Barat dilanda kemarau, sekali gus mengakibatkan kekurangan hujan dan air.
Menurut Setiausaha Pejabat Pertanian Cirebon, Nanang Ruhyana, kawasan terjejas diunjurkan meningkat daripada 500 hektar bulan lepas kepada 1,629 hektar.
“Keluasan sawah padi sekarang adalah seluas 22,137 hektar, dengan 878.5 hektar sudah dilanda kemarau,” katanya seperti dipetik portal berita BeritaSatu.
Beliau berkata, pihaknya kini menumpukan kepada langkah pengurusan air iaitu meningkatkan sumber air sedia ada dan meneroka sumber baharu.
Selain itu, pihaknya turut menyediakan peralatan penting yang diperlukan dan mencadangkan pembenihan awan sebagai langkah untuk mengurangkan kesan berterusan.
Cirebon yang terletak di utara Jawa Barat berdepan kesan paling teruk pada musim kemarau yang berpanjangan, dengan tiada hujan dilaporkan dalam tempoh tiga bulan lalu.
Subang, Jawa Barat, turut dilanda isu kemarau dan kekurangan air bersih menyebabkan penduduk dan pegawai kerajaan mengadakan Istisqa atau solat hajat memohon hujan.
Hampir keseluruhan kawasan di Subang, kira-kira 95 kilometer dari Cirebon, berdepan risiko tanaman tidak menjadi akibat kemarau berpanjangan dan kebakaran hutan yang kerap berlaku.
Kemarau di Jawa Barat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang
- Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
- Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :