Nestle dijangka buat pelarasan harga pada Jun/Julai ini

Oleh – Syeikh Baran


Nestle dijangka buat pelarasan harga pada Jun/Julai ini
Pelbagai jenama popular di bawah keluaran Nestle berjaya memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Malaysia sehingga kini. -Gambar hiasan

Nestle (Malaysia) Berhad diramalkan bakal membuat pelarasan harga melibatkan beberapa produk spesifik pada bulan Jun hingga Julai ini, sehubungan lonjakan harga gula, tomato, koko dan kopi Arabica serta Robusta, menurut nota penyelidikan oleh MIDF Research hari ini.

Menurut penganalisisnya, Genevieve Ng Pei Fen, ia selari dengan sesi taklimat bersama pihak pengurusan Nestle yang diadakan pada suku tahun keempat 2023.



“Kami melihat langkah ini membolehkan Kumpulan mengurangkan hakisan margin keuntungan melibatkan sesetengah siri produknya, terutamanya Milo, Nescafe dan sos tomato Maggi.

“Sebelum ini, Kumpulan memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga pada November 2022 untuk menyokong pengguna, namun membayangkan kenaikan secara beransur-ansur pada tahun kewangan 2024.

“Pun begitu, kami tidak menjangkakan pindahan penuh kepada pengguna (kenaikan kos kepada harga jualan) kerana kami percaya usaha untuk terus berdaya saing dan mengekalkan pengguna merupakan keutamaan,” katanya.

Beliau menambah, menuju ke hadapan, pihaknya berhati-hati dengan sentimen pengguna yang perlahan terhadap barangan makanan dan minuman (F&B) kemudahan serta kering, yang dijangka kekal hambar di tengah-tengah prospek peningkatan inflasi, isu geopolitk dan kadar tukaran asing yang tidak menentu.



Jelasnya, semua faktor ini boleh mengakibatkan pengguna memilih produk keluaran tempatan dan yang berharga lebih murah.

“Kami juga menjangkakan tekanan inflasi kepada keuntungan disebabkan cukai perkhidmatan yang diperluas dan pada kadar lebih tinggi ke atas sektor pengangkutan dan penggudangan, selain potensi rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh tahun kedua 2024 yang boleh meningkatkan perbelanjaan operasi.

“Dari sudut positif, kami optimis kedudukan pasaran Nestle yang kukuh dengan jenama isi rumah terkenal serta penguasaan pasarannya bagi produk makanan kering, minuman dan kopi bakal menyumbang kepada permintaan yang stabil.

“Penstabilan harga input utama (seperti gula, susu dan gandum), bersama-sama kenaikan harga produk tertentu boleh mengurangkan sebahagian kesan peningkatan kos untuk koko dan kopis Arabica serta Robusta,” jelasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading