Lelaki ditahan bersama daun, air ketum di Bachok

Lelaki ditahan bersama daun, air ketum di Bachok

Lelaki ditahan bersama daun, air ketum di Bachok
Polis rampas 55.7 kilogram daun ketum dan 97 liter air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Permatang Machang, Jelawat. – Foto PDRM

BACHOK: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 55.7 kilogram daun ketum serta 97 liter air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Permatang Machang, Jelawat, di sini.

Penahanan lelaki berusia 37 tahun itu dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata nilai rampasan daun dan air ketum berkenaan berjumlah RM1,527.



Katanya, pihaknya bersama anggota balai Bachok, Gunung dan Tawang membuat serbuan di rumah berkenaan bersama pegawai risikan BSJND Bachok.

“Suspek bertindak melarikan diri (sejurus serbuan). Dan polis bergelut seketika dengan suspek sebelum berjaya memberkasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas kawasan rumah menemui daun dan air ketum itu di dalam periuk serta tong ais.

Katanya, suspek turut positif ujian air kencing dan kini ditahan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.



“Suspek yang ditahan ini turut mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Lelaki ditahan bersama daun, air ketum di Bachok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading