Boakye sukar lupakan kenangan buat Real, Ronaldo terkedu

Boakye sukar lupakan kenangan buat Real, Ronaldo terkedu

Boakye sukar lupakan kenangan buat Real, Ronaldo terkedu
Boakye akui ledak gol penyamaan menentang Real Madrid antara kenangan yang sukar dilupakan sepanjang kerjayanya.

KUALA LUMPUR: Penyerang baharu Selangor FC (SFC), Richmond Boakye-Yiadom mengakui meledak gol penyamaan ketika berdepan Real Madrid sebagai antara kenangan yang sukar dilupakan olehnya.

Menerusi satu temubual bersama SFC, bekas penyerang Sassuolo FC jelas gembira apabila membantu pasukannya ketika itu, Elche FC mengikat kedudukan 1-1 menentang Real Madrid yang turut dibintangi Cristiano Ronaldo pada 2013.

“Bermain menentang Real Madrid dan saya jaringkan gol penyamaan selepas Ronaldo menjaringkan gol terlebih dahulu. Melihat muka Ronaldo, amat menyenangkan dapat menjaringkan gol menentang Real Madrid.



“Terutama sekali dengan Ronaldo yang selalu melakukan ‘siuuuu’,” katanya.

Dalam masa sama, sekalipun pernah berkongsi padang dengan bintang Portugal yang kini beraksi bersama Al-Nassr itu, pemain berusia 30 tahun itu lebih memilih ‘Ronaldo Sebenar’ sebagai idolanya.

“Ronaldo Nazario de Lima yang berasal dari Brazil. Dia menjaringkan gol dengan mudah. Saya memilihnya kerana dia menjaringkan gol dan bermain bola sepak.

“Dia juga banyak membantu pasukan. Bagi saya, dia adalah seorang pemain bola sepak yang serba lengkap,” katanya.



Terdahulu, penyerang Ghana itu diumumkan sebagai pemain import terbaharu skuad ‘The Red Giants’ sekali gus melengkapkan kuota sembilan pemain import pasukan terbabit.

Selain Sassuolo FC dan Elche FC, dia pernah membarisi pasukan seperti Genoa, Atalanta dan Red Star Belgrade selain pernah beraksi di Liga Juara-Juara.

Boakye sukar lupakan kenangan buat Real, Ronaldo terkedu

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading