Syria bakal uji Harimau Malaya

Syria bakal uji Harimau Malaya

Syria bakal uji Harimau Malaya
HARIMAU MALAYA bakal diuji Syria sebagai persediaan menghadapi aksi Piala Asia selepas Arab Saudi membatalkan aksi sebelum ini.

PENINGKATAN ketara yang dibawa Kim Pan-gon menjadikan Harimau Malaya ‘laku keras’ apabila Syria bersetuju untuk menggantikan Arab Saudi pada aksi pemanas badan sebelum bermulanya Piala Asia, bulan depan.

Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) menerusi laman sosialnya sudah pun mengesahkan akan mengadakan dua aksi persahabatan bertemu Kyrgyzstan pada 5 Januari sebelum menentang Malaysia tiga hari kemudian.

“Pengurusan pasukan kebangsaan mengesahkan dua perlawanan persahabatan dengan Kyrgyzstan dan Malaysia dalam persiapan untuk Piala Asia 2023 di Qatar,” kata SFA.



Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan aksi persahabatan menentang Arab Saudi yang dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pasukan ranking ke-56 dunia, Arab Saudi ambil keputusan batalkan perlawanan itu atas permintaan ketua jurulatih baharu, Roberto Mancini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?




“Pihak Arab Saudi memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan ini tidak dapat diteruskan kerana Mancini membuat congakan bahawa pasukan kendaliannya itu berkemungkinan bertemu Malaysia di seawal pusingan 16 terbaik.

“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan boleh bertemu di pusingan 16 terbaik pada 30 Januari 2024,” kata Noor Azman.

Kesempatan kali ini menjadi peluang buat Pan-gon membuktikan magisnya ketika menentang lawan dalam kelompok 100 terbaik dunia, malah bakal menjadi ukuran tepat memandangkan Harimau Malaya diundi berada di Kumpulan E Piala Asia bersama dua lagi negara Arab iaitu Jordan dan Bahrain.

Untuk Syria, pertemuan itu nanti tidak hanya sekadar pemanas badan sebaliknya lebih kepada misi balas dendam selepas dimalukan Malaysia ketika terikat 2-2 pada perlawanan di China, awal September lalu.



Syria bakal uji Harimau Malaya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading