Remaja 13 tahun didakwa cuba rompak pemandu e-hailing

Remaja 13 tahun didakwa cuba rompak pemandu e-hailing

Remaja 13 tahun didakwa cuba rompak pemandu e-hailing
Remaja 13 tahun (baju merah) hadir di Mahkamah Majistret Sungai Petani. – NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

SUNGAI PETANI: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba merompak pemandu e-hailing pada Isnin lalu, didakwa di Mahkamah Majisret, di sini hari ini.

Dia dihadapkan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani atas pertuduhan cuba merompak Lee Ang Hie, 65, di kawasan tepi jalan Taman Keladi, di sini, kira-kira jam 6 petang pada 27 November lalu.

Remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.



Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Duratul Ain Mahmud Morshidi mewakili remaja itu.

Terdahulu, anak sulung daripada empat beradik itu hadir di mahkamah bersama dua individu, dipercayai ibu dan bapanya.

Remaja itu ditahan sekitar jam 8 malam hari kejadian, kira-kira dua selepas laporan polis dibuat oleh pemandu e-hailing berkenaan.



Remaja 13 tahun didakwa cuba rompak pemandu e-hailing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading