Lelaki ditembak di Kapar, lima lagi ditahan

Lelaki ditembak di Kapar, lima lagi ditahan

Lelaki ditembak di Kapar, lima lagi ditahan
Lelaki ditembak di Kapar, lima lagi ditahan

KLANG: Polis menahan lima lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes seorang lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata semua lelaki berusia 30-an hingga 40-an itu ditahan di sekitar Kapar antara jam 11 malam tadi hingga 5 pagi tadi.

“Berikutan itu, keseluruhan tangkapan kini adalah enam orang dan mereka semua direman empat hari sehingga Selasa ini.



“Punca sebenar kes tembak ini masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, seorang penganggur berusia 20-an ditahan pada jam 12 tengah hari, kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Pada Rabu lalu, seorang lelaki dengan 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan ditemui mati ditembak di hadapan sebuah premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar.

Kejadian yang membabitkan mangsa berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dan berlaku kemalangan kecil.



Vijaya Rao berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki ditembak di Kapar, lima lagi ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button