Rutin harian hantar anak ke sekolah berakhir tragedi meragut nyawa ibu

Rutin harian hantar anak ke sekolah berakhir tragedi meragut nyawa ibu

Rutin harian hantar anak ke sekolah berakhir tragedi meragut nyawa ibu
Keadaan sebuah daripada kereta yang terbabit dalam nahas menyebabkan kematian seorang suri rumah di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, di Kluang Johor kira-kira 7 pagi tadi

KLUANG: Rutin seorang suri rumah menghantar anak-anaknya ke sekolah, berakhir tragedi pagi tadi, apabila maut selepas Perodua Viva dipandunya bertembung Axia di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suri rumah yang dikenali sebagai Nor Hayati, 45 , maut di lokasi nahas akibat cedera parah di dada dan kaki.

Beliau berkata, dua lagi anak mangsa, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, duduk di belakang, parah dan kini ditempatkan dalam Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.



“Siasatan awal, mendapati lori Nissan dan Perodua Axia dari arah yang sama iaitu dari arah Air Hitam menghala ke Simpang Renggam, manakala Perodua Viva dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Axia dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Viva.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN




“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.

“Akibat dari perlanggaran itu, pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian.

“Muhammad Asyraff Putra disyaki alami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan sebelah kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, 8, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dua lagi anak si mati yang lain cedera dan masih menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.



“Penumpang belakang Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki sebelah kiri dan abangnya, Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki sebelah kiri dan mereka masih menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah


Bahrin berkata, pemandu dan penumpang Perodua Axia mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.



“Pemandu lor Nissan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Rutin harian hantar anak ke sekolah berakhir tragedi meragut nyawa ibu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button