AJL35 – ‘GILA’ DIANGKAT SEBAGAI JUARA
Lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong itu telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Manakala, naib juara telah dimenangi oleh penyanyi Aina Abdul dengan lagu ‘Semalam’ sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.
Bagi tempat ketiga pula yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi itu telah disandang lagu ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Seperti menepati ramalan, Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Gundah’, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu ‘Eh!’ nyanyian Zizi Kirana.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
14 MAC DEPAN – AJL35 DIJANGKA BERLANGSUNG SELEPAS LEBIH SEBULAN DITUNDA
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.