Bapa durjana berpeluang bebas awal

Bapa durjana berpeluang bebas awal

Bapa durjana berpeluang bebas awal
JOSEF Fritzl. FOTO fail AFP

Vienna: Lelaki Austria yang melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya selama 24 tahun sehingga mempunyai tujuh anak bersamanya bakal dibenarkan untuk memohon pembebasan awal.

Lelaki berusia 88 tahun yang dikenali sebagai Josef Fritzl itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2009. Jika dipindahkan ke penjara biasa, dia boleh memohon pembebasan awal dengan parol 15 tahun selepas sabitan.

Dia disabitkan dengan sumbang mahram, rogol, paksaan, pemenjaraan palsu, perhambaan dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian salah seorang anak lelakinya yang masih bayi.



Jurucakap mahkamah wilayah Krems berkata, pendapat pakar mengenai keadaan perubatan Fritzl sedang dinilai untuk melihat sama ada dia boleh dipindahkan ke kemudahan tahanan biasa.

Menurutnya lagi, tidak jelas berapa lama tempoh penilaian sedemikian, sama ada beberapa minggu sehingga beberapa bulan.

Jika dipindahkan ke penjara, peguam Fritzl boleh dalam langkah kedua mengemukakan permohonan untuk pembebasan awal.

Peguamnya memberitahu sebuah akhbar bahawa dia sudah menyediakan permohonan sedemikian, sambil menambah matlamatnya adalah untuk memindahkan lelaki itu ke rumah jagaan.



Fritzl mengurung anak perempuannya Elisabeth di ruang bawah tanah rumah keluarga itu ketika mangsa berusia 18 tahun.

Tiga daripada tujuh anak yang dilahirkan tinggal bersama Elisabeth, sehingga mereka dibebaskan pada 2008.

Fritzl dan isterinya mengasuh tiga lagi anak hasil sumbang mahram yang masih hidup, namun kemudian mengabaikan mereka selepas menyertai kumpulan agama.

Dia membakar mayat anak ketujuh, yang mati sejurus selepas dilahirkan, di dalam relau rumah.



Bapa durjana berpeluang bebas awal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button