Remaja 15 tahun lemas mandi tali air

Remaja 15 tahun lemas mandi tali air

Remaja 15 tahun lemas mandi tali air
Mayat remaja mangsa lemas dihantar ke hospital untuk bedah siasat. – NSTP/NAZDY HARUN

MARANG: Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama dua rakan di tali air dekat Kampung Sena Rendang, di sini, petang tadi.

Mayat mangsa etnik Rohingya, Mohamad Jomil Hairul Amin, 15, ditemui pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas kira-kira dua jam operasi mencari dijalankan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Razman Setapa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.06 petang.



Katanya, mayat remaja yang beralamat di Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu itu dijumpai kira-kira jam 7.45 malam pada jarak 20 meter dari lokasi dia dan rakannya mandi.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kuala Terengganu berjaya menemui mayat mangsa pada kedalaman tiga meter di tali air terbabit. Mangsa bersama dua lagi rakannya ke lokasi kejadian untuk mandi, namun dia tidak dapat menyelamatkan diri kerana tali air terlalu dalam,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini




Menurutnya, kes tidak diklasifikasi sebagai korban banjir walaupun berlaku dalam musim tengkujuh dan banjir kerana lokasi kejadian bukan kawasan bencana itu.

Katanya, seramai 37 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JBPM dengan kekuatan dua jentera terlibat dengan operasi itu.

Rakan mangsa yang ditemui, Hamid Zaki Ahmad, 17, berkata kejadian berlaku hanya kurang lima minit selepas mereka turun untuk mandi di tali air terbabit.

Menurutnya, mereka ke tali air itu menaiki dua motosikal dan tiba kira-kira 6 petang ketika cuaca cerah dan tidak hujan.



“Sebaik tiba, kami bertiga terus terjun ke dalam tali air, namun mangsa tidak timbul sebelum saya ternampak tangannya. Saya mencapai tangan dan cuba menariknya ke permukaan air, tetapi gagal kerana badan saya kecil, malah saya juga nyaris lemas sebelum genggaman tangan kami terlepas.

“Orang ramai yang berada di lokasi kemudian menghubungi pasukan penyelamat dan meminta pertolongan berikutan keadaan semakin gelap dan berbahaya,” katanya tidak menyangka kegembiraan pada awalnya bertukar tragedi.

Remaja 15 tahun lemas mandi tali air


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading