Pasangan kekasih teruja berkelah di udara

Unik! , sanggup bayar lebih 2k untuk 15 minit

Pasangan kekasih teruja berkelah di udara

Pasangan kekasih teruja berkelah di udara
Christianna dan teman lelakinya menikmati perkelahan secara tergantung di air terjun terkenal di Brazil.

SEBUAH agensi pelancongan Brazil mmenawarkan peluang unik kepada mereka yang gemarkan keseronokan dan cabaran dengan menyediakan sesi perkelahan tergantung di atas Cascata da Sepultura, di Rio Grande do Sul.

Pengalaman yang menakjubkan itu baru-baru ini menjadi tular selepas klip pendek disiarkan pasangan dari Amerika yang mencubanya.

Dalam video itu, Christianna Hurt dan teman lelaki penyanyi rapnya ‘OnPointLikeOp’ boleh dilihat sedang bersantai sambil menikmati makanan ringan dan segelas wain merah di meja kayu yang digantung pada wayar logam tinggi di atas Cascata da Sepultura.



“Ia hanya kira-kira 15 minit… pengalaman lebih kepada pemandangan, bukan makanan,” kata Christianna sambil menambah bahawa dia dan pasangannya perlu memandu pacuan empat roda untuk sampai ke air terjun tersebut.

Kedua-duanya diikat pada tali pinggang keselamatan dan duduk di meja berkelah yang tergantung kukuh.

Ops foto dan video dron turut disertakan dalam harga yang ditawarkan itu.

Walaupun lokasi yang luar biasa, kebanyakan daripada ribuan orang yang mengulas mengenai rakaman itu mengakui bahawa mereka pastinya panik untuk menikmati perkelahan yang begitu tinggi di atas Cascata da Sepultura. – Oddity Central



Pasangan kekasih teruja berkelah di udara

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button