Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Mungkin C4 Mahu Abahkau Di Lantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

 

Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mengkritik pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

C4 mendakwa, tindakan kerajaan melantik semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak menggambarkan pembaharuan institusi yang dijanjikan kerajaan.



Menurut kumpulan itu, sepatutnya calon Ketua Pesuruhjaya SPRM, mestilah dibawa ke parlimen melalui satu jawatankuasa pemilihan khas.

“Kewibawaan dan kebebasan SPRM akan kekal dipersoal selagi proses lantikan ketua pesuruhjayanya tidak diperbaharui,” dakwa C4.

Mereka juga turut mempersoalkan integriti Azam Baki yang pernah dikaitkan dengan pemilikan saham yang diragui sepadan dengan gajinya sebagai penjawat awam.

Pada pandangan penulis, sebenarnya tidak ada asas bantahan yang dikemukakan oleh C4 berhubung pelantikan semula Azam Baki.



Sangat jelas C4 mempunyai pandangan yang sempit dalam mentakrifkan pembaharuan institusi.

Mungkin bagi C4, pembaharuan institusi hanya bermaksud pertukaran semua pegawai kanan di dalam sesebuah institusi.

Sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

Belum ada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah berani dan berjaya mengheret jerung jerung besar ke mahkamah kecuali Azam Baki.



Ini juga sebenarnya boleh didefinasikan sebagai pembaharuan institusi SPRM.

Adakah dengan mengheret jerung jerung jenayah rasuah boleh dikatakan kewibawaan dan kebebasan SPRM akan dipersoalkan?

Berhubung dengan pemilikan saham yang tidak sepadan dengan gaji Azam Baki sebagai penjawat awam, isu tersebut sudah pun selesai.

Ianya disahkan sendiri oleh mantan Menteri Undang Undang & Parlimen kerajaan terdahulu, Wan Junaidi di dalam parlimen.



Jadi, apa sebenarnya motif C4 membangkitkan kembali isu yang sudah selesai?

Atau mungkinkah C4 mahu Latheefa Koya dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, baru mereka akan berpuas hati?

 

Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button