Maut akibat parah di kepala

Maut akibat parah di kepala

Maut akibat parah di kepala
Motosikal ditunggang lelaki yang terbabas masuk ke ruang solat masjid. – Foto ihsan pembaca

KULIM: Penunggang motosikal yang maut selepas melanggar tiang di pekarangan ruang solat Masjid Guar Lobak, Padang Serai di sini, pagi tadi berpunca daripada kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata nahas dipercayai berlaku jam 5.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X dalam perjalanan dari Sidam Kiri ke Guar Lobak.



“Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki kawasan Masjid Guar Lobak dan melanggar tiang pekarangan masjid.

“Akibat rempuhan itu mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bilal masjid berkenaan, Shukri Mohamad, berkata kejadian berlaku selepas sebuah van kilang yang berhenti di hadapan masjid terbabit beredar dan secara tiba-tiba motosikal itu meluru masuk dengan laju lalu melanggar tiang dalam kawasan masjid.



Maut akibat parah di kepala


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button