AMK Berikan Peringatan Kepada Kepimpinan Utama PKR

AMK Berikan Peringatan Kepada Kepimpinan Utama PKR

AMK Berikan Peringatan Kepada Kepimpinan Utama PKR

Pengarah Komunikasi AMK (PKR), Haziq Azfar Ishak, mengingatkan kepimpinan PKR supaya berhati-hati dalam menerima keanggotaan baharu dari bekas ahli parti lawan.

Ia bagi mengelakkan dari peristiwa pengkhianatan terhadap parti tersebut berulang untuk kali kedua.

Hasrat mereka yang ingin menyertai PKR, wajar dijadikan penggera amaran untuk dipertimbangkan sedalam-dalamnya.



“Segala kemungkinan, khususnya menerima penghijrahan beramai-ramai daripada parti lain mesti dipertimbangkan sedalam-dalamnya.”

“Kita tidak mahu PKR membenarkan sebarang ruang dibuka untuk membiarkan peristiwa pengkhianatan terhadap parti pada tahun 2020 berulang kembali.”

“Sebagai parti yang menerajui Kerajaan Perpaduan, PKR perlu mengekalkan kestabilan dalaman.”

“Ianya supaya dapat melaksanakan agenda reformasi yang didambakan rakyat dalam pentadbiran.”



“PKR juga perlu mengelakkan daripada terpalit dengan permasalahan dalaman parti yang berupaya mengalihkan fokus sebenar.”

“Penting untuk PKR terus beriltizam menunjukkan teladan yang baik untuk parti politik lain serta keikhlasan dalam perjuangan di medan siasah,” jelas beliau.

Kenyataan AMK adalah sebagai respon kepada keputusan kepimpinan PKR menerima mantan MPT PPBM, Faiz Na’aman.

Faiz mendakwa akan ada lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai PKR.



Ingatan dari Haziq mengingatkan kita bagaimana berlaku pengkhianatan besar-besaran yang diketuai oleh Azmin dalam Langkah Sheraton pada 2020.

Antara yang turut terlibat adalah Zuraida Kamaruddin dan mantan Timbalan YDP Dewan Rakyat, Rashid Hasnon.

Apakah sejarah akan berulang kembali dengan wajah dan watak yang baharu?

Hanya masa yang akan menentukannya.



AMK Berikan Peringatan Kepada Kepimpinan Utama PKR

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button